11.3.11

DIA Lebih Tahu

Serious? Betul kah ini?

Itu antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita tersebut...

Dulu 17 orang...Bila cuti ni habis..maka secara rasminya jumlah orang yang ada di dalam kelas aku akan berkurangan menjadi 16 orang..ini kerana seorang daripada rakan sekelas ku akan meninggalkan institut tempat kami semua bernaung...

Rasa sedih sangat kerana kehilangan seorang kawan..walaupun berasal daripada tempat yang sama dengan aku...tapi tidak mudah untuk bertemu dengannya nanti...sukar untuk menerima kenyataan tapi itulah realiti yang terpateri...sukar untuk percaya yang dulu nya matlamat dan hala tuju kami sama..tapi kini dia perlu membawa dirinya dan beralih daripada kami semua...

Aku percaya yang dia tidak minta semua ini terjadi seperti ini...aku nampak bagaimana dia berusaha untuk terus berada dalam bidang ini...namun itulah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Nya...dan sesungguhnya aku percaya dan ramai orang lain yang percaya bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku...dan hanya Tuhan yang Maha Mengetahui tahu tentang perkara tersebut...

Teringat aku kepada cerita seorang ustaz yang pernah mengajar ku dahulu..dia seorang yang sangat pintar dan bijak...sejurus selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang...dia berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke suatu institusi yang boleh dikira terunggul dan hebat...namun akhirnya..dia masuk dalam bidang pendidikan...dan kemudian dia katakan bahawa ada sebab kenapa itu jalan yang dibuka kepada nya..dan kenapa jalan kearah menjadi pendidik itu yang menjadi pilihan nya..mungkin kerana Tuhan tidak mahu dia takbur suatu hari nanti jika dia belajar di institusi berkenaan..atau macam-macam lagi kemungkinan..hanya DIA yang mengetahui...

Begitu juga dengan keadaan teman seperjuangan ku ini...pasti ada hikmah yang mendatang suatu masa nanti..mungkin dia akan menjadi insan yang lebih berjaya daripada kami semua suatu hari nanti..tiada siapa yang tahu...

Sedih dan rasa bersalah kadang menyelubungi diri ini..aku bersedih kerana seorang kawan ku yang bertempur bersamaku bahu ke bahu terpaksa mengundurkan diri...dan aku rasa bersalah kerana aku rasa aku mampu untuk membantu dia sebelum ini..namun usaha aku yang kurang pastinya menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut berlaku...

apa pun...aku sentiasa harapkan yang terbaik daripada kau wahai teman...jangan putus asa...teruskan perjuangan hidup di dunia sementara yang fana ini....dan aku doakan kau berjaya dunia dan akhirat..

sekian...

No comments: