13.3.11

Loy oh Loy...

Baru sekejap tadi aku siap membaca post terbaru daripada seorang teman yang sangat dekat di hati..huhu...macam getek pula bunyi nya..hihi...

Satu perkara yang aku sangat suka dengan kawan aku yang seorang ni adalah dia sangat berpegang teguh dengan pendiriannya..kata-kata yang selelu meniti bibirnya adalah...

YAKIN DAN PERCAYA....

itulah kata-kata yang selalu dia ujarkan kepada aku dan rakan-rakan yang lain...dari dahulu.. hingga kini..tidak pernah berubah..dan aku suka kerana dia sudah menjadikan perkara itu sebagai identiti nya...

masing-masing pasti ada pegangan hidup yang tersendiri..(konsep pegangan hidup di sini bukan merujuk kepada kepercayaan agama..)

Bagi aku..untuk mencapai apa sahaja yang kita mahukan dalam hidup yang sementara dan juga hidup yang kekal nanti...kita perlu berusaha...

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH...

Suatu peribahasa yang sangat mudah...kalau kita mahukan sesuatu pasti kita akan usahakannya...dan bukan sekadar mengatakan kepada semua orang tentang perkara tersebut...

Tapi suatu yang sudah menjadi trend untuk 'kita' lebih banyak berkata-kata yang kita mahukan perkara tersebut daripada benar-benar bergerak mendapatkannya....dengan harapan semua perkara akan datang jatuh bergolek bergitu sahaja...

Kadang-kadang geram bila mendengar dan melihat orang disekeliling yang sekadar tahu bercakap tapi tidak mahu berusaha...atau pun usaha sekadar ala kadar..tapi mahukan hasil yang besar...jika perkara itu benar-benar terjadi...sungguh tidak adil...

oleh yang demikian jika benar-benar ingin kan sesuatu itu...usahakan sebaik mungkin...baru lah kita dapat kepuasan yang sebenar...

sekian...

1 comment:

Azwan Halik said...

bkn apa mint..tp ada sy bha...trharu jga la..tq la sbb tgok tu post..anak bapa bha ne..haha