12.3.11

Risau

Semalam sebaik sahaja aku mendapat tahu tentang ada amaran tsunami di beberapa buah negara di asia tenggara aku segera menghantar sms kepada ibuku yang tinggal nun jauh d kepulauan borneo. Cepat-cepat aku bertanyakan khabar tentang mereka. Syukur kepada Nya..Mereka selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku di sana.

Bukan apa..aku duduk jauh di perantauan..sukar untuk mendapat maklumat atau berita tentang apa yang berlaku di sana..satu-satunya bahan yang menjadi sumber aku hanyalah internet dan telefon bimbit..

Sebaik sahaja ayahku menjelaskan tentang situasi di kampung halamanku...dia menyatakan yang dia harap yang aku akan membatalkan niat aku untuk mengikut kawanku balik ke kampungnya..aku seakan berbelah bagi pada ketika itu...tapi untuk menenangkan hati ayahku yang sedang gusar pada ketika itu aku mengiakan kata-kata nya...aku tahu itu bukan masa yang sesuai untuk bertekak dengannya..dia menyatakan kerisauan dan rasa tidak sedap hatinya kepada aku..lebih-lebih lagi dengan berita tentang kemalangan beberapa pelajar di tempat yang bakal aku tuju..membuat kan dia rasa lebih gundah dan gulana..namun aku tidak salah kan dia untuk punya perasaan seperti itu kerana lumrah seorang ayah untuk risau tentang anak-anak nya...

sebaik sahaja talian putus, aku seakan diluah mati mak, ditelan mati bapa..aku tak tahu apa yang patut aku buat...kalau aku batalkan percutian aku ke sana..kasihan sang teman...sudah lama mengusulkan perkara ini kepada ku..dan selalu pula ada aral yang melintang...tapi pada masa yang sama aku tidak mahu ingkar dengan permintaan kedua mereka...perkara yang aku gentar adalah mendapat balasan kerana tidak patuh...emm...aku Dia akan permudahkan segala urusan ku..

sekian...

No comments: