Tadi, selepas beberapa hari bergelut dengan tugasan yang pada saat-saat akhir di siapkan..aku mengambil keputusan untuk berehat untuk sehari dan pada petang tadi aku tiba-tiba terpanggil untuk menonton satu cerita yang sudah lama aku teringin untuk lihat. Satu cerita hindi yang bertajuk 3 IDIOTS.
Sebenarnya aku pun tak tahu tentang kewujudan cerita ini sehinggalah beberapa minggu yang lalu seorang teman aku bercerita tentang betapa best nya cerita ini. Pada saat itu aku terus mengambil keputusan untuk mendapaatkan cerita tersebut. Syukur sangat mudah untuk mendapatkannya dan syukur juga kerana dapat menontonnya pada hari ini.
Jadi untuk post saku pada hari ini..sekadar nak berkongsi pendapat dan sedikit ulasa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku yang cetek ini..
Permulaan cerita ni bagus la..dia cipta satu pertanyaan dan persoalan lagi dari awal...ada satu suspens yang bagus la..membuatkan penonton tertanya-tanya dan membuatkan penonton ternanti-nanti untuk mengetahui jawapannya..huhu..penceritaan secara keseluruhan cerita ni pun bagus..huhu..
Tapi bahagian yang paling aku ingat dan suka adalah bahagian yang menghampiri penamat tu..yang bahagian banyak nangis-nangis..memang sangat menyentuh perasaan..aku tak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata apabila menonton cerita ini..sangat menyentuh perasaan...best la yang penting..
Setakat ke hari ini..filem hindustan yang boleh membuat kan aku menitiskan air mata adalah Kal Ho Na Ho...dengan cerita 3 Idiots ni..sangat suka!!!! Thumbs up untuk cerita ni..
P.S: aku rasa sangat terganggu bila melihat aamir khan nampak macam sangat tua..emm..tp x pa..cerita ini memang sangat best!!
Sekian~
No comments:
Post a Comment