26.3.11

A Doctor In The House: The Memoirs Of Tun Dr Mahathir Mohamad

Thanks to nothingbutangelinestory.blogspot.com for the picture...




Tadi selepas daripada acara menjadi pengacara majlis...aky bersama dengan teman sebilik ku telah keluar untuk membayar bill..sebenarnya niat di dalam hati bukan saja mahu membayar bil yang sudah tertunggak untuk dua bulan (termasuk bulan ini)...tetapi aku juga berniat untuk pergi membeli sebuah buku...

A DOCTOR IN THE HOUSE: THE MEMOIRS OF TUN DR MAHATHIR MOHAMAD
Inilah dia tajuk buku yang aku nak sangat dapatkan tu...(rujuk gambar di atas) tapi masa berada di dalam kedai buku tue..banyak kali aku fikir...sama ada nak beli atau tak..sebab sekarang ni..buku ini bukan lah suatu keperluan...emm..jadi aku pun pusing-pusing la di dalam Borders tue..memikirkan tentang pros dan cons kalau aku beli buku neh...

Setelah lama berfikir aku pun membuat keputusan...emm..emm..emm.. untuk TIDAK membeli buku tersebut...ya..diulangi semula...aku TIDAK membeli buku tersebut..

Sebab kenapa aku berbuat demikian adalah kerana aku rasa pada masa ini aku perlu fokus dengan pelajaran aku dahulu..aku mahu habiskan dulu novel The Village By The Sea karangan Anita Desai dahulu sebelum aku pergi kepada bahan bacaan yang sebegini...huhu...Tapi aku dah simpan duit..supaya selesai sahaja aku membaca buku tersebut (TVBTS) aku akan segera dapatkan buku Tun Dr Mahathir..huhu...semoga berjaya MinT!!!

P.S: Sesiapa yang sudah melihat isi kandungan atau membaca sedikit tentang buku ini..tolang JANGAN  kongsi dengan aku..biar aku temuinya sendiri.. hihi..tq...

Sekian~


First Time


Beberapa hari yang lalu, aku telah didatangi oleh seorang pensyarahku..dia memberitahu bahawa dia meminta bantuan untuk menjaya satu majlis pada hari ini (26 Mac 2011)...dia meminta untuk aku menjadi salah seorang pengacara majlis...aku pun tanpa berfikir panjang bersetuju..sebab aku rasa inilah satu peluang untuk menimba lagi ilmu..bukan senang peluang datang bergolek begitu sahaja..kadang ada orang lain perlu berusaha untuk menjadi pengacara untuk sesuatu majlis..tapi aku dengan seorang lagi rakan aku..dengan mudah mendapat tawaran..jadi kami pun merebut peluang ini untuk menimba pengetahuan dan pengalaman..untuk menjadi lebih baik di masa akan datang..hihihi...

Sepanjang majlis tadi semua nya berjalan dengan lancar lah..tak ada masalah yang besar sangat..sekadar kesilapan-kesilapan kecil tue adalah..hihihi...lucu...masa mula-mula sampai tu..trus nampak ada seorang ni pakai baju 'MPIK'. Kemudian, tengok muka...macam tak kenal..sebab kalau nak katakan senior aku..rasanya tak pernah nampak..tek pernah berselisih pun..nak kata junior..aku junior..tak kan lah aku tak kenal..kemudian bila kami nak bergerak ke meja pengacara..dia ni ikut-ikut kami..rasa sangat hairan..hihi..tapi selepas duduk dan bertenang sebentar persoalan itu terbongkar bila pensyarah aku tu bersuara...
"Ini anak saya..."
Bila dia berkata demikian barulah persoalan yang jauh dilubuk hati terjawab..huhu...

Sepanjang majlis perasmian berlangsung rasanya semua berjalan dengan lancar...Syukur...dan benda yang lucu berlaku semasa acara-acara berlangsung..sepatutnya kami sebagai pengacara yang mengumumkan acara-acara..tapi ada seorang ni yang tiba-tiba ambil peranan..tapi waktu itu..kami tak lah memberontak atau berbuat apa yang tak sepatutnya..kami biarkan sahaja..kerana acara tetap berjalan dengan lancar...

Majlis yang bermula pada jam 9.00 pagi berakhir pada jam 3.00 petang...huh...agak memenatkan tapi taklah seberapa mana...sekadar penat sebegitu sahaja..huhu..tapi pengalaman yang kami dapat sangat bermakna dan akan digunakan pada masa akan datang...tak mudah untuk bekerja dalam situasi sebegitu...mungkin Dengan Izin-Nya...dalam 4 tahun setengah lagi aku sendiri akan berada dalam kondisi seperti mana pendidik-pendidik yang aku lihat pagi tadi...aku sangat gembira...

Sekian~

25.3.11

Oh Tidak!

Mula-mula masa beli (yang sebenarnya bapa aku punya..huhu..aku kiranya hanya meminjam..) memang beberapa hari selepas itu, benda tu memang dah tercabut pun..tapi buat tak endah saja..sebab boleh pasang sendiri..ala-ala DIY (Do.It.Yourself) la..hahaha!! tapi bila dah bertahun lama nya..(hiperbole ckit..sebenarnya..baru 4 tahun lebih..) akhirnya..dia tercabut dan tak dapat melekat semula lagi..huhu...



Ni lah dia benda itu...nampak tak apa yang tak ada? Do you see what is missing? huhu.. The letter B!!!! argh!!! dari dulu lagi jadi masalah..tapi tak lah masalah besar sangat.. jadi tak lah kisah sangat... tapi kebelakangan ini menjadi suatu masalah pula kepada aku.. huhu..sangat menjengkelkan bila nak buat tugasan tue...asyik-asyik terbuka saja..agak tertekan juga lah aku waktu tue.. huhu...

Tapi walaupun sekarang rupa benda nie macam ni..aku tetap bersyukur dan berterima kasih kepada ayahanda..huhu..dan bonda..sebab sekurang-kurangnya ada benda ni untuk buat kerja n buat apa yang patut...huhu..Terima kasih..huhu..

Sekian~

24.3.11

3 Idiots

Tadi, selepas beberapa hari bergelut dengan tugasan yang pada saat-saat akhir di siapkan..aku mengambil keputusan untuk berehat untuk sehari dan pada petang tadi aku tiba-tiba terpanggil untuk menonton satu cerita yang sudah lama aku teringin untuk lihat. Satu cerita hindi yang bertajuk 3 IDIOTS.

Sebenarnya aku pun tak tahu tentang kewujudan cerita ini sehinggalah beberapa minggu yang lalu seorang teman aku bercerita tentang betapa best nya cerita ini. Pada saat itu aku terus mengambil keputusan untuk mendapaatkan cerita tersebut. Syukur sangat mudah untuk mendapatkannya dan syukur juga kerana dapat menontonnya pada hari ini.

Jadi untuk post saku pada hari ini..sekadar nak berkongsi pendapat dan sedikit ulasa berdasarkan pengalaman dan pengetahuan aku yang cetek ini..

Permulaan cerita ni bagus la..dia cipta satu pertanyaan dan persoalan lagi dari awal...ada satu suspens yang bagus la..membuatkan penonton tertanya-tanya dan membuatkan penonton ternanti-nanti untuk mengetahui jawapannya..huhu..penceritaan secara keseluruhan cerita ni pun bagus..huhu..

Tapi bahagian yang paling aku ingat dan suka adalah bahagian yang menghampiri penamat tu..yang bahagian banyak nangis-nangis..memang sangat menyentuh perasaan..aku tak dapat menahan diri daripada mengalirkan air mata apabila menonton cerita ini..sangat menyentuh perasaan...best la yang penting..

Setakat ke hari ini..filem hindustan yang boleh membuat kan aku menitiskan air mata adalah Kal Ho Na Ho...dengan cerita 3 Idiots ni..sangat suka!!!! Thumbs up untuk cerita ni..

P.S: aku rasa sangat terganggu bila melihat aamir khan nampak macam sangat tua..emm..tp x pa..cerita ini memang sangat best!!

Sekian~

23.3.11

Tugasan

Syukur kepada-Nya..hari ni satu lagi tugasan a..k.a kerja kursus yang telah kami serahkan...maka berkurang lah sudah satu lagi beban yang perlu ditanggung...tapi hasil yang kami serahkan itu..emm..boleh dikatakan sekadar cukup makan..sebab buatnya pun...memang sangat pada saat-saat akhir...padahal semester ini berniat dan bertekad untuk tak buat dah perangai macam semester lepas..

Tapi mungkin boleh dimaafkan juga...sebab bukan semua tugasan berlaku seperti ini..banyak tugasan yang sebelum ini telah aku selesaikan beberapa minggu lebih awal agar tak berlaku tekanan perasaan bila sudah sampai detik-detik akhir..

Entahlah kenapa..tapi sejak minggu cuti yang lalu aku terasa bagai tidak punya semangat seperti mana yang sebelum ini..sebelum ini aku sangat bersemangat...ke hulu, ke hilir..tanpa rasa penat dan jemu...tapi baik selepas naik daripada cuti pertengahan semester baru-baru ini..aku rasa sangat malas..sangat-sangat malas...SANGAT-SANGAT MALAS..semua benda terasa sangat berat dan payah untuk dilaksanakan..menyebabkan aku tugasan aku dan rakan aku seperti tidak ada nyawa...sekadar ada sahaja..dan aku reda dan terima dengan apa jua keputusan yang ada nanti kerana sememangnya kesalahan tersebut perlu dipikul..

aku haraplah semester hadapan kami akan menjadi lebih baik...mudah-mudahan...dengan izin-Nya...

Sekian~

21.3.11

Apa?!

Penat pun belum hilang lagi...tiba-tiba perkara ni pula terjadi kepada dia...sangat mengejutkan...sebab sepantas kilat semuanya berlaku...biasalah...macam peribahasa yang kita belajar dulu tu la...

Malang Tidak Berbau..

Kita takkan tahu bila masanya sesuatu musibah atau dugaan akan berlaku melainkan perkara tu sedang berlaku...

Masa tu awal pagi...tiba-tiba aku dan teman sebilikku didatangi seorang daripada rakanku juga...raut wajahnya kelihatan sangat gusar dan hilang arah..aku pun bertanyakan kenapa...kemudian dia pun mula berbicara...mengatur kata...menguntai madah...

Tersangatlah terkejut hati ini bila mendapat tahu bahawa barang-barangnya telah dicuri pada awal pagi itu...Biliknya telah diceroboh oleh seorang lelaki dan kemudiannya mengambil barang-barang yang ada didalam bilik tersebut kemudian melarikan diri...untuk lebih spesifik lagi...dia masuk melalui tingkap...dan kemudiannya keluar melalui pintu hadapan...kemudian melompat kebawah... (kerana bilik kawanku ini berada di tingkap pertama...) lalu melarikan diri...

Antara barang-barang yang telah diambil..
  • Komputer riba
  • External Hard disk
  • Telefon Bimbit
  • etc
Anggaran kerugian..ribuan ringgit..huhu..mahal tu handphone dengan laptop..adui..yang kesiannya...tugasan semua ada di sana..susah lah kalau dia mau buat kerja sudah...

Aku tak dapat nak bayangkan apa yang terjadi kalau perkara ni terjadi kepada aku..aku tak dapat bayangkan macam mana reaksi aku nanti...selama ni..banyak juga lah perkara yang telah terjadi kepada aku..dan macam-macam juga reaksi aku...tapi rasanya aku belum pernah lagi..emm..kalau dalam bahasa inggeris nya..macam CRACK la..dalam situasi macam neh lah...

Dulu pun aku pernah hilang barang...masa tue lebih kepada kecuaian lah... aku letak handphone atas muka pastue..ada orang ambil.. then hilang macam tue jak..huhu.. masa tue panik la juga..tapi panik yang tenang la..serious neh..bukan nak cakap besar tapi waktu itu memang tenang sangat..sampaikan boleh berseronok lagi pergi lawatan muzium padi dekat kedah...emm..tapi kalau aku berdepan dengan perkara yang lebih besar macam yang menimpa kawan aku tue..rsanya..emm..entah la..

Tapi yang menghairankan..macam mana dia boleh terlepas daripada pandang dan jagaan PAK JAGA kami yang ramai...? Kalau dulu boleh berlaku perkara sebegini tak hairan sangat sebab dulu, Pak Guard yang ada kat luar tu pun sorang sahaja..kemudian waktu malam ada lah bertambah lagi seorang...tapi..sekarang ni..bila dah bertambah jumlah orang yang menjaga..macam tak ada beza...emm...

Tapi tak salahkan mereka seratus peratus...sebab ada seribu macam kemungkinan yang boleh menjadi penyebab..dan ramai orang yang terlibat dengan perkara ini...secara langsung dan tidak langsung...seperti kemudahan yang sememangnya daif..dan macam-macam lagi...kadang-kadang bila dah berlaku perkara-perkara seperti ini..baru nak sedar dengan benda-benda yang kecil dan yang dianggap remeh...Sudah terhantuk baru terngadah..kalau boleh kita tak mahu perkara seperti itu berlaku lah..

Aku tak tahu apa yang aku patut sarankan kepadanya sebagai jalan yang terbaik sebab aku tak pernah mengalaminya sebelum ini...apa yang aku tahu cumalah pengetahuan am tentang apa yang patut dibuat..sekadar itu sahaja nasihat yang boleh aku berikan...bab perasaan pula..aku tak mampu untuk mengubat rasa sakit hatimu kerana aku tahu sakitnya itu lain daripada yang lain..hanya tuan punya badan dan Tuhan sahaja yang lebih mengetahui..

Apa yang aku yakin dan percaya.. (copy ayat Loy dulu.. hihi..) adalah kita perlu bersabar...dugaan yang datang kepada kita tidak akan diturunkan Tuhan melainkan Dia tahu bahawa kita mampu dan berdaya untuk berhadapan dengan dugaan tersebut...kembali kepadaNya..tidak kira waktu senang ataupun susah...kerana Dia itu Maha Mengasihi dan Menyayangi...InsyaAllah..akan jua mendapat bantuannya..

Ketenangan datang daripadanya..Sekian~

20.3.11

10 peraturan bapa kepada teman lelaki anak perempuannya

Rasa terpanggil untuk share.. Semoga boleh direnungi..

Kepada Bf anak aku,








Peraturan 1: Kalo ko sampai kat pagar umah aku pastu dok hon…hon, pastikan ko bawak barang yang nak dihantar..sebab ko takkan ambik ape2 atau sesapa.

Peraturan 2: Jangan ko pegang2 anak aku depan atau belakang aku. Ko boleh pandang dia, selagi mata ko tak merayau lebih dari paras leher anak aku. Kalo ko takleh jaga tangan ko dari dok pegang2 anak aku..aku boleh tolong cabut dan jaga tangan ko kat umah..

Peraturan 3: Aku tau skang nih fesyen budak2 pakai seluar londeh sampai nampak boxer atau spender ko. Aku ni open-minded, so aku takkan suruh ko pakai seluar tu elok2 cam manusia normal. Tapi, bagi memastikan yang seluar ko takkan terbukak atau dibukak semasa ber’dating’ ngan anak aku, aku akan pakai stapler gun kat dalam laci aku nih untuk lekatkan seluar ko kat pinggang.

Peraturan 4: Aku rasa mesti ko tau pasal kempen seks ‘selamat’ yang omputih dok canang hari2 kat tv atau internet. Kalo tak pakai perlindungan cam kondom atau lain2, ko mungkin akan dapat penyakit yang mungkin membunuh ko satu hari nanti. Meh sini aku nak bagitau, kalo ngan anak aku ni, aku lah pelindung tuh..dan aku akan mendatangkan sakit kat tubuh badan ko dan kemungkinan besar akan bunuh ko jugak. Paham?

Peraturan 5: Biasalah kalo ko nak berkenalan lebih baik ngan aku ni sebagai calon bapak mertua ko..ko nak berbual pasal politik, pasal sukan atau lain2 topik semasa. Aku takmo dengar semua tuh. Satu jer topik yang aku minat nak dengar: bila ko nak antar anak aku balik ke umah ni semula? Dan jawapan yang aku nak dengar cuma: “Awal.”

Peraturan 6: Aku rasa ko ni hensem, popular kat kolej/pejabat ko, banyak peluang nak dating ngan aweks2 lain yang lagi kiut-miut..aku takde hal ngan kelebihan ko tu..selagi anak aku pon ok dengan kepopularan ko. Tapi, sekali ko dah couple ngan anak aku, ko jangan pandai2 cari pompuan lain sampai la anak aku dah bosan ngan ko atau dia break-off ngan ko. Kalo ko wat anak aku nangis, aku pulak akan wat ko nangis.

Peraturan 7: Sementara ko menunggu anak aku bersiap, jangan dok mengeluh kalo dia bersiap lama sangat. Kalo ko nak orang yang punctual, ko leh dating ngan mat askar. Kalo ko bosan menunggu kat luar tu, tolong le wat ape yang patut, cam basuh keta aku atau cat pagar umah aku ni.

Peraturan 8: Tempat2 berikut adalah dilarang sama sekali korang pergi dating; tempat yang ada katil, ada sofa, ada rumput atau apa2 tempat yang leh duduk2 atau baring2. tempat2 yang takde kehadiran orang tua, polis, tok imam. Tempat2 yang gelap. Tempat2 yang membolehkan korang berpegang tangan/menari atau bersukaria. Tempat2 yang panas sampai membuatkan anak aku terpaksa pakai tshirt takde lengan..pakai short skirt. Tempat yang sejuk sampai ko kena panaskan badan anak aku. Movie yang romantic, berunsurkan cium2 tu elakkan. Movie pasal seksa kubur atau hari kiamat dibolehkan.

Peraturan 9: Jangan sekali-kali menipu aku. Aku ni nampak jer perut buncit, kepala hampir botak, tapi aku akan tau semua pergerakan ko dari spy2 aku. Kalo aku tanya ko nak pegi mana, dengan sapa lagi yang join ngan korang, ko ada satu peluang jer nak jawab dengan benar, tiada yang tak benar melainkan benar belaka. Aku ada satu senapang patah, satu cangkul dan lima ekar tanah yang penuh hutan kat belakang umah aku ni. Selalunya aku dok menembak khinzir kat situ. Kalo aku tembak kepala ko kat belakang tu, takde sapa yang nak tanye. Jangan main2 ngan aku.

Peraturan 10: Ko patut takut ngan aku ni..kalo boleh biar sampai sangat2 takut. Aku ni dok teringat2 lagi peristiwa bukit kepong. Sampai skang kalo ada orang datang umah senyap2 pastu dok berbual kat laman aku nak tembak..aku ingatkan komunis. Nanti dah abih dating, sampai kat pintu pagar, bukak pintu kereta dan angkat dua2 tangan ko tinggi2. Cakap dengan jelas “saya datang antar anak pakcik”. Pastu terus blah. Tak payah masuk minum teh. Kilauan matahari yang ko nampak kat tingkap umah aku ni ialah teropong senapang sniper aku.

Sekian, Yg sengaja menakutkan, Bapak Kepada Gf ko.

Sumber daripada syahiruldotcom...

Sekian~



19.3.11

Sebelum Engkau Halal Bagiku

Terdetik untuk berkongsi bersama... Semoga menjadi santapan rohani.. 


Paradigma Mukmin
Duhai kamu yang tercipta dari tulang rusukku….
Di belahan Bumi manapun kamu berada. Bagiku kau bunga, tak mampu aku samakanmu dengan bunga terindah sekalipun. Bagiku manusia adalah makhluk yang terindah, tersempurna, dan tertinggi.
Bagiku dirimu salah satu dari semua itu. Jangan pernah biarkan aku menatapmu penuh, kerana ia akan membuatkanku mengingatmu. Bererti memenuhkan kepalaku dengan menginginkanmu.
Berimbas pada tersusunnya gambarmu dalam tiap dinding khayalku. Membuatku inginkanmu sepenuh hati, seluruh jiwa, sesemangat mentari…
Kasihanilah dirimu jika harus hadir dalam khayalku yang masih penuh Lumpur. Kerana sesungguhnya dirimu terlalu suci.
Berdua menghabiskan waktu denganmu bagaikan mimpi tidak berhujung. Ada ingin tetapi tiada henti. Menyentuhmu merupakan ingin diri, meski ujung penutupmu pun tak berani kusentuh. Jangan pernah kalah dengan mimpi dan inginku kerana sucimu kau pertaruhkan.
Mungkin kau tak peduli. Tetapi kau hanya menjadi wanita biasa di hadapanku bila kau kalah. Dan tidak lebih dari wanita biasa. Jangan pernah kau tatapku penuh. Bahkan tak perlu kau lirikkan matamu untuk melihatku. Bukan kerana aku terlalu indah, tapi kerana aku seorang yang masih kotor.
Aku biasa memakai topeng keindahan pada wajah burukku, mengenakan pakaian sutra emas. Meniru gaya para ustaz, meskipun hatiku lebih kotor dari lumpur. Kau memang suci, tapi masih sangat mungkin kau tergugat.
Kerana kau hanya manusia – hanya wanita. Berilah sepenuh diri kepada  lelaki suci yang dengan sepenuh hati membawamu ke hadapan Tuhanmu.
Tunggulah lelaki itu menjemputmu, dalam rangkaian khitbah dan akad yang indah. Atau kejarlah sang lelaki suci itu, kerana itu adalah hakmu, seperti dicontohkan oleh Khadijah. Janganlah ada ragu, janganlah ada malu, semua telah terukir di dalam kitab suci.
Bariskan harapanmu pada istikharah sepenuh hati ikhlas. Relakan Allah pilihkan lelaki suci untukmu,
mungkin sekarang atau nanti, bahkan mungkin tiada sampai kau mati….
Mungkin itu bererti dirimu terlalu suci untuk semua lelaki di dunia fana saat ini. Mungkin lelaki suci itu menanti di istana kekalmu, yang kau bangun dengan segala kekhusyukkan tangis doamu. Pilihan Allah tidak selalu seindah inginmu, tapi itu pilihan-Nya.
Tiada yang lebih baik dari pilihan Allah. Mungkin kebaikan itu bukan pada lelaki yang terpilih itu, melainkan pada jalan yang kau pilih, seperti kisah seorang wanita suci di masa lalu yang meminta ke-Islam-an sebagai mahar pernikahannya.
Atau mungkin kebaikan itu terletak pada keikhlasanmu menerima keputusan Sang Kekasih Tertinggi. Kekasih tempat kita memberi semua cinta dan menerima cinta dalam setiap denyut nadi kita.

Sekian~

Injured

Hahahahaha!!!

Sebenarnya bukan ada kecederaan apa..cuma satu istilah yang budak-budak sekolah dulu selalu pakai..kalau ada sesiapa yang sakit atau betul-betul ada kecederaan semuanya masuk dalam golongan yang injured la..maksudnya tidak mampu untuk meneruskan aktiviti harian seperti biasa.. huhu..

Sekarang ni aku dah masuk kategori injured la neh..huhu..demam dari semalam...aku ni jenis yang jarang sakit..tapi kalu dah sakit...teruk la juga...sampai seminggu baru sihat..huhu..tapi aku harap la sakit kali ini tak seteruk yang sebelum-sebelum ni...

Bercerita tentang bab sakit ni..ada banyak cerita lah yang aku pernanh dengar berkaitan dengan sakit...tapi yang melekat dalam jiwa raga aku adalah cerita yang Ustaz aku cerita kepada aku dan kawan-kawan aku...

Dia cerita lah..yang kalau sakit neh..Tuhan nak bagi ingat dekat kita bahawa MATI itu semakin dekat..uhuhuhu...sebenarnya ada lagi tambahan pada cerita tersebut...seperti..semasa sakit digugurkan dosa-dosa kecil...tapi yang part ni aku tak berapa pasti la... (kepada sesiapa yang mengetahui..share lah k.. huhu.. tq)

So bila dah sakit ni..teringat dan merasa juga bagaimana perasaannya orang yang kurang berkemampuan..sangat lemah..huhu..

Tapi bila sakit-sakit macam ni...tak boleh nak layan sangat..kena lawan...lawan dan LAWAN!! tapi kadang-kadang terdetik dalam hati untuk manja kan diri dan relax..sebab sepanjang waktu sihat sudah banyak kali aku memaksa diri.. dalam macam-macam perkara... bukan lah niat di hati untuk merungut..cuma mahukan kelainan pula..

sekarang ni..aku berdoa..semoga cepat sembuh..AMIN...

Sekian~

True Nature

Apa cara untuk kita kenal seseorang? Adakah dengan bertanya soalan-soalan kepadanya? Macam soal siasat polis...atau pun mungkin bagi orang tersebut borang soal selidik untuk dia isi..kemudian bila dah dia dah isi semua kena hafal dan cuba untuk guna bila masa bersama dia..hahaha! lucu nya macam tu..macam ambil peperiksaan pula..kalau definisi berkenalan dengan orang macam tue..emm..baik tak payah nak kenal..kan? Bagi aku..tu bukan mengenali...tapi mempelajari...tapi mungkin juga itu satu cara untuk kenal sesorang kan..Belajar pasal orang itu...baru kita kenal..emm..

Ada macam-macam cara yang orang guna pakai untuk kenal seseorang..untuk kenal hati budi...untuk kenal isi hati seseorang...baru-baru ini aku merasai sendiri pengalaman untuk mengenali insan yang lain....

Aku pun tak tahu macam mana nak terangkan apa yang sedang berlegar-legar dalam fikiranku. Bagi aku..dalah satu cara untuk kita kenal seseorang adalah dengan kita adalah apabila dia berada in his own nature...bila seseorang itu berada di tempat asal nya..atau tempat yang dia paling selesa untuk jadi dirinya..

macam singa atau harimau..kalau kita nak kenal dan tahu tingkah lakunya yang sebenar..kenalah bagi dia hidup dan bebas di habitat nyayang sebenar...kalau kita kurung dia di dalam sangkar atau bagi dia hidup di Kuala Lumpur ni..mana mungkin kita akan dapat lihat sifat nya yang sebenar...hahahaha..tapi bukan lah niat di hati nak samakan seorang manusia dengan binatang..cuma analoginya semacam itu lah..huhu..

Sebab tu la kadang-kadang bila kita dah rasa kita kenal seseorang..mungkin belum lagi..tapi proses untuk kenal dengan seseorang itu pastinya memakan masa seumur hidup..mana mungkin kita akan kenal dengan seseorang itu lebih daripada Sang Pencipta..mana mungkin kita lebih kenal diri orang lain, bah kan diri kita sendiri lebih daripada yang Maha Esa... tapi..bila kita berusaha..dan mendpt keizinannya..pasti kita boleh kenal sebahagian besar tentang dirinya...

sekian~

13.3.11

Loy oh Loy...

Baru sekejap tadi aku siap membaca post terbaru daripada seorang teman yang sangat dekat di hati..huhu...macam getek pula bunyi nya..hihi...

Satu perkara yang aku sangat suka dengan kawan aku yang seorang ni adalah dia sangat berpegang teguh dengan pendiriannya..kata-kata yang selelu meniti bibirnya adalah...

YAKIN DAN PERCAYA....

itulah kata-kata yang selalu dia ujarkan kepada aku dan rakan-rakan yang lain...dari dahulu.. hingga kini..tidak pernah berubah..dan aku suka kerana dia sudah menjadikan perkara itu sebagai identiti nya...

masing-masing pasti ada pegangan hidup yang tersendiri..(konsep pegangan hidup di sini bukan merujuk kepada kepercayaan agama..)

Bagi aku..untuk mencapai apa sahaja yang kita mahukan dalam hidup yang sementara dan juga hidup yang kekal nanti...kita perlu berusaha...

HENDAK SERIBU DAYA, TAK HENDAK SERIBU DALIH...

Suatu peribahasa yang sangat mudah...kalau kita mahukan sesuatu pasti kita akan usahakannya...dan bukan sekadar mengatakan kepada semua orang tentang perkara tersebut...

Tapi suatu yang sudah menjadi trend untuk 'kita' lebih banyak berkata-kata yang kita mahukan perkara tersebut daripada benar-benar bergerak mendapatkannya....dengan harapan semua perkara akan datang jatuh bergolek bergitu sahaja...

Kadang-kadang geram bila mendengar dan melihat orang disekeliling yang sekadar tahu bercakap tapi tidak mahu berusaha...atau pun usaha sekadar ala kadar..tapi mahukan hasil yang besar...jika perkara itu benar-benar terjadi...sungguh tidak adil...

oleh yang demikian jika benar-benar ingin kan sesuatu itu...usahakan sebaik mungkin...baru lah kita dapat kepuasan yang sebenar...

sekian...

12.3.11

Aku Pun Mahu...

Menyesal tu menyesal la juga..tapi siapa yang suruh beria-ria tidak mahu balik...bagus-bagus ada orang mau sponsor..adui..tapi akan daya benda sudah terjadi tidak apa lah..mesti ada hikmah...

masa tu mak sudah tanya berapa haribulan kamu cuti..mau beli tiket sudah ni...tapi aku dengan bersungguh-sungguhnya berkata tidak perlu..bulan 6 saja nanti beru balik..tapi sedih sungguh bila tiba waktu cuti kali ini..terasa sangat sunyi pula apabila melihat ramai orang yang balik...kalau orang sini-sini balik aku tidak hairan dan tidak kisah..sebab memang dia orang senang saja kalau mau balik...tapi bila ku lihat ramai orang yang asal sama sepertiku pulang ke tanah kelahiran...aku tiba-tiba rasa sebak...rasa seperti hendak pulang ke rumah saat ini juga...

tapi...

itu semua cuma perasaan...aku bukan tidak mahu menerima tawaran yang telah diberikan..namun aku berusaha untuk tidak menyusah sesiapa..lebih-lebih lagi ibu dan bapa ku..kalau boleh dengan elaun yang aku ada sekarang ni tidak perlu lah mereka menyara aku seperti mana yang sebelum ini...mungkin sekadar apabila aku memerlukan saja..kerana aku faham yang banyak lagi perkara yang lain perlu mereka fikirkan pada ketika ini...biarlah mereka simpan duit itu untuk kegunaan masa depan..buat masa ini aku masih mampu untuk terus bertahan...

aku selalu teringat dengan pesan-pesan kakak ku tentang berusaha untuk berdikari dan belajar untuk mendewasakan diri..berusaha untuk tidak terlalu bergantung kepada orang lain...aku pun tidak tahu bagaimana  untuk berbuat demikian..setelah sekian lama bergantung kepada seseorang...untuk berdiri sendiri itu amat sukar..perlu jatuh dahulu..barulah dapat belajar untuk berdiri sendiri..dan kemudian melangkah dengan sendirinya..memilih jalan sendiri...membuat keputusan sendiri...

sangat menakutkan tapi itulah kenyataan yang perlu kita semua lalui...menjadi seorang yang dewasa suatu hari nanti dan menjaga diri kita sendiri..dan pada suatu tahap perlu menjaga orang lain...tidak kira anak kita...dan yang paling penting menjaga kedua ibu bapa kita di hari-hari emas mereka...pada ketika itu pastinya tahap kesabaran kita sangat lah teruji...hanya mereka yang punya kekuatan dan kematangan minda yang tulus sahaja dapat bertahan dengan pastinya...

apa pun..walaupun ornag nampak aku selalu sahaja tidak sependapat dengan keluarga aku..selalu bertelagah pasal benda-benda kecil dna macam-macma lagi...aku tetap sayang mereka..cuma pendidikan di rumah tidak pernah mengajar kami untuk meluahkannya dengan cara yang konvensional..tu yang membuatkan kami kelihatan lain...apa pun..aku sayang keluarga aku...tak dapat bayanglan bagaimana rasa dan keadaan tanpa mereka...

sekian....

Risau

Semalam sebaik sahaja aku mendapat tahu tentang ada amaran tsunami di beberapa buah negara di asia tenggara aku segera menghantar sms kepada ibuku yang tinggal nun jauh d kepulauan borneo. Cepat-cepat aku bertanyakan khabar tentang mereka. Syukur kepada Nya..Mereka selamat dan tidak ada apa-apa yang berlaku di sana.

Bukan apa..aku duduk jauh di perantauan..sukar untuk mendapat maklumat atau berita tentang apa yang berlaku di sana..satu-satunya bahan yang menjadi sumber aku hanyalah internet dan telefon bimbit..

Sebaik sahaja ayahku menjelaskan tentang situasi di kampung halamanku...dia menyatakan yang dia harap yang aku akan membatalkan niat aku untuk mengikut kawanku balik ke kampungnya..aku seakan berbelah bagi pada ketika itu...tapi untuk menenangkan hati ayahku yang sedang gusar pada ketika itu aku mengiakan kata-kata nya...aku tahu itu bukan masa yang sesuai untuk bertekak dengannya..dia menyatakan kerisauan dan rasa tidak sedap hatinya kepada aku..lebih-lebih lagi dengan berita tentang kemalangan beberapa pelajar di tempat yang bakal aku tuju..membuat kan dia rasa lebih gundah dan gulana..namun aku tidak salah kan dia untuk punya perasaan seperti itu kerana lumrah seorang ayah untuk risau tentang anak-anak nya...

sebaik sahaja talian putus, aku seakan diluah mati mak, ditelan mati bapa..aku tak tahu apa yang patut aku buat...kalau aku batalkan percutian aku ke sana..kasihan sang teman...sudah lama mengusulkan perkara ini kepada ku..dan selalu pula ada aral yang melintang...tapi pada masa yang sama aku tidak mahu ingkar dengan permintaan kedua mereka...perkara yang aku gentar adalah mendapat balasan kerana tidak patuh...emm...aku Dia akan permudahkan segala urusan ku..

sekian...

11.3.11

DIA Lebih Tahu

Serious? Betul kah ini?

Itu antara perkara pertama yang terlintas dalam fikiran aku sebaik sahaja mendapat tahu tentang berita tersebut...

Dulu 17 orang...Bila cuti ni habis..maka secara rasminya jumlah orang yang ada di dalam kelas aku akan berkurangan menjadi 16 orang..ini kerana seorang daripada rakan sekelas ku akan meninggalkan institut tempat kami semua bernaung...

Rasa sedih sangat kerana kehilangan seorang kawan..walaupun berasal daripada tempat yang sama dengan aku...tapi tidak mudah untuk bertemu dengannya nanti...sukar untuk menerima kenyataan tapi itulah realiti yang terpateri...sukar untuk percaya yang dulu nya matlamat dan hala tuju kami sama..tapi kini dia perlu membawa dirinya dan beralih daripada kami semua...

Aku percaya yang dia tidak minta semua ini terjadi seperti ini...aku nampak bagaimana dia berusaha untuk terus berada dalam bidang ini...namun itulah suratan takdir yang telah ditentukan oleh Nya...dan sesungguhnya aku percaya dan ramai orang lain yang percaya bahawa ada hikmah disebalik segala yang berlaku...dan hanya Tuhan yang Maha Mengetahui tahu tentang perkara tersebut...

Teringat aku kepada cerita seorang ustaz yang pernah mengajar ku dahulu..dia seorang yang sangat pintar dan bijak...sejurus selepas mendapat keputusan peperiksaan SPM yang cemerlang...dia berpeluang untuk melanjutkan pelajaran ke suatu institusi yang boleh dikira terunggul dan hebat...namun akhirnya..dia masuk dalam bidang pendidikan...dan kemudian dia katakan bahawa ada sebab kenapa itu jalan yang dibuka kepada nya..dan kenapa jalan kearah menjadi pendidik itu yang menjadi pilihan nya..mungkin kerana Tuhan tidak mahu dia takbur suatu hari nanti jika dia belajar di institusi berkenaan..atau macam-macam lagi kemungkinan..hanya DIA yang mengetahui...

Begitu juga dengan keadaan teman seperjuangan ku ini...pasti ada hikmah yang mendatang suatu masa nanti..mungkin dia akan menjadi insan yang lebih berjaya daripada kami semua suatu hari nanti..tiada siapa yang tahu...

Sedih dan rasa bersalah kadang menyelubungi diri ini..aku bersedih kerana seorang kawan ku yang bertempur bersamaku bahu ke bahu terpaksa mengundurkan diri...dan aku rasa bersalah kerana aku rasa aku mampu untuk membantu dia sebelum ini..namun usaha aku yang kurang pastinya menjadi salah satu faktor yang menyumbang kepada perkara tersebut berlaku...

apa pun...aku sentiasa harapkan yang terbaik daripada kau wahai teman...jangan putus asa...teruskan perjuangan hidup di dunia sementara yang fana ini....dan aku doakan kau berjaya dunia dan akhirat..

sekian...

Rebirth

semalam ada seorang teman minta pertolongan daripada hamba Tuhan yang tak seberapa ini. Dia teringin untuk ada blognya sendiri. Aku pun bersetuju. Walaupun rasa gementar itu ada kerana aku pun masih lagi baru dalam hal-hal blog ni. Tapi aku cuba sedaya yang mungkin. Syukur, semua nya berjalan dengan lancar. Maka lahirlah seorang lagi blogger. huhuhu...

Bila aku tolong dia buat blog tu..teringat aku kepada hayat blog aku sendiri...teringat aku kepada blog aku yang sudah lama tidak mendapat sentuhan daripada aku..bukan apa..aku sedang mengumpul bahan untuk dimasukkan ke dalam blog ini lah... dan aku rasa sudah tiba masanya untuk aku mula menulis semula..sudah tiba masanya untuk aku ligat menaip..(aku teringat slogan blog member aku.. hihi..)

Banyak perkara yang telah terjadi sejak kali terakhir aku mengpost cerita yang terbaru. Namun, aku tetap akan update tentang kejadian-kejadian semasa.. huhu... dan yang paling penting lebih berhati-hati dengan apa yang akan aku kongsi bersama...

Kadang-kadang kita tak sedar dengan apa yang kita kongsi dengan orang lain. Sebagai insan yang lemah dan sentiasa perlukan petunjuk daripada yang Maha Esa, emosi dan perasaan selalu menguasai diri. Bagi sesetengah yang mampu untuk mengawal diri..tahniah dan syabas...tapi bagi mereka yang tidak mampu...rasanya perlu berusaha dengan gigih lagi...

Bahana yang akan mendatang jika perasaan tidak mampu untuk dikawal sangat bahaya..sedar tak sedar..kesan akibat perbuatan kita kerana tidak mampu untuk mengawal perasaan bukan pada diri kita semata, tapi pada diri orang lain juga...bah kan..kadang-kadang kesan pada orang lain lagi besar dibandingkan dengan diri kita sendiri...oleh sebab itu perlu untuk kita fikir dengan sebaiknya sebelum berbuat apa-apa keputusan...dan jika keputusan itu bukanlah yang terbaik...jadikan itu sebagai suatu pengajaran...agar kita boleh berkongsi dengan hamba Tuhan yang lain di masa akan datang...

Syukur kepada-Nya...semangat aku untuk mula berblog semula telah dikembalikan...Terima kasih juga kepada temanku yang meminta untuk mengajarnya berblog..kerana menjadi pencetus yang menyemarakkan semula bara berblog aku...walaupun api yang terbakar itu ternyata masih kecil lagi.. namun jika disuapkan dengan bahan pembakar yang baik dan betul sifatnya..Dengan izin-Nya...pasti akan lebih besar lagi bara itu..

Sekian...