Setelah hampir sebulan lebih bercuti... aku kembali untuk meneruskan kehidupan.. menjadi perantau untuk menimba ilmu.. huhu..
Sampai tadi dalam jam 3.30 petang.. kali ini perjalanan agak memenatkan.. aku mendapat tempat duduk di belakang sekali... aku tidak dapattidur dengan aman dek kerana bunyi enjin dan juga bunyi orang beratur hendak ke tandas.. huhu.. setiap kali orang selesai.. bunyi 'flush' pasti akan mengejutkan aku semula.. huhu.. sangat lucu..
Sampai sahaja di bilik aku pun terus sahaja mengambil barang-barang aku yang terdapat di dalam stor.... satu-satu aku perhatikan barang-barang milik aku.. memastikan agar tidak ada yang tertinggal atau pun di PINJAM orang secara sengaja ataupun tidak sengaja.. hihi..
Lama juga lah ambil masa mau kasi kemas semua barang-barang aku.. bukannya banyak pun... tapi sebab slow motion kn..tue yg mengambil masa yang sangat lama.. hehehe.. mo buat rileks-rileks bah.. tidak mau kelam kabut.. huhu..
Apa pun.. aku tidak tau apa yang aku sedang rasakan sekarang.. mau cakap teruja ndak juga.. mau cakap happy sangat-sangat ndak juga.. mau cakap sedih ndak juga.. huhu.. tah la.. emm.. tapi apa yang aku tau aku memang resah sekarang neh.. sebab aku tidak boleh mau jangka bah apa yang akan terjadi nanti esok.. huhu.. tengok jak la.. ok juga bah tue.. huhu..
~ Sekian ~
p.s: Rambut aku serabut.. hihi..
No comments:
Post a Comment