5.1.12

Hari Pertama

Hari pertama untuk semester ini..permulaan kehidupan seorang mahasiswa..aiseh.. hihi..

Hari neh ada pendaftaran.. kemuadian ada taklimat sikit kemudian petang tadi ada sesi suai mesra.. macam latihan dalam kumpulan la.. huhu..

Jadi benda yang aku mau kongsi sekarang neh ialah pengisian untuk program petang tue.. inti pati perkara yang cuba untuk disampaikan.. 

Sebenarnya banyak nilai dan perkara positif yang nak disampaikan.. tapi apa yang melekat dengan aku sampai sekarang dan sebenarnya benda tue sudah lama aku amalkan.. sejak dari sekolah menengah dulu lagi.. 

Berkaitan dengan pengorbanan..

Bersusah-susah dulu.. bersenang-senang kemudian..

Masa di sekolah dulu.. ramai orang yang macam hairang dengan aku.. kadang-kadang sanggup nak tunggu lama di koperasi sebab nak kemas-kemas barang la.. kenapa aku sanggup sampai tengah-tengah malam nak buat kerja untuk buat majalah sekolah dulu.. kenapa aku sanggup beria-ria mau berlatih menari sampai mau sakit-sakit kaki.. kenapa aku sanggup juga kawan dengan orang yang benci dengan aku...

Semuanya atas dasar pengorbanan.. Untuk dapatkan sesuatu kenalah korbankan sesuatu.. untuk berjaya banyak benda yang perlu dikorbankan.. antaranya.. masa..

Masa untuk bersuka ria.. masa untuk berehat.. masa dengan keluarga.. masa dengan diri sendiri.. dan macam-macam lagi..

Tapi semua pengorbanan itu.. Dengan izin-Nya... pasti akan mendatangkan kebahagiaan kepada kita juga..

Memang perjalanan untuk mencapai cita-cita itu tidak mudah.. kerana itulah yang menjadi gula kepada hasilnya nanti.. jikalau tiada rintangan yang mendatang maka hasil yang akan kita dapat nanti pasti tawar.. dan tiada kemanisannya...

Kepuasan yang dirasai itu sangatlah indah..

Namun begitu.. walaupun tidak selalunya hasil yang kita ingin kan itu akan menjadi seperti yang kita mahukan.. namun begitu.. jika usaha yang diberikan adalah 100% maka kepuasan itu pasti akan hadir juga.. kerana kita tahu yang kita telah pun mencuba dengan sedaya upaya.. bukannya hanya berserah begitu sahaja.. mungkin rezeki tiada pada ketika itu.. tapi usaha yang telah kita berikan itu sudah cukup baik...

Tapi ada juga yang lebih suka merungut daripada terus meredah rintangan yang ada.. itu sebenarnya kerja yang sia-sia dan hanya membuang masa sahaja.. daripada merungut dan tidak berbuat apa-apa.. lebih baik mulakan usaha bertindak untuk mengatasi halangan tersebut.. itu yang lebih baik..

Selama kehidupan ini.. banyak usaha yang aku berikan dengan sebaik mungkin mendatangkan hasil yang juga baik.. dan aku sedar.. bahawa.. Your effort is perpendicular to your success..

Apa pun.. cuma sekadar perkongsian minda seorang hamba-NYA di dunia..

~ Sekian ~




No comments: