7.1.12

MoM

Hari tue.. terbaca la post orang di 'wall' Facebook tue... lepas tue.. ada pula kena 'tag' nama aku di dalam komen tue..

'Post' tue berkenaan dengan lagu yang tercipta hasil kolaborasi dengan seorang teman.. huhu.. lagu tue tercipta di saat-saat tugasan sedang berlambak dan otak pun sudah tidak mampu untuk memuntahkan semua fikiran-fikiran lagi.. (tapi mampu pula nak buat lagu.. huhu.. )

Lagu tue tajuk dia "A diary of a lonely boy"... 

kemudian lagu itu dipanjangkan pula kepada seorang 'junior' yang memiliki suara yang menawan.. dan kemungkinan besar dalam jangka waktu yang terdekat ini dia akan menyanyikan lagu tersebut.. sangat happy.. 

Di kala semua ini berlaku tiba-tiba terdetik bait-bait kata yang membentuk satu rangkap untuk lagu yang kedua pula.. sepantas kilat aku mencapai sebuah buku dan mata penaku pun mula menari-nari menuliskan perkataan-perkataan itu.. maka dalam beberapa ketika terciptalah lirik lagu 'Mom'..yang obviously pasal mama.. :-)

Sekali lagi kolaborasi dengan teman tersebut membawa kepada terhasilnya sebuah karya yang masih lagi mentah.. tapi rasanya ada nilai estetikanya yang tersendiri.. :-)

Mungkin dalam masa yang terdekat ini.. (sementara beban tugasan dan kerja-kerja sampingan yang lain belum ada... ) lagu tersebut dapat dihasilkan dengan baik.. dan mungkin juga didengarkan kepada orang ramai.. :-)

hehehe.. teruja..!!

~ Sekian ~

1 comment:

missz dy said...

wah.. ad bkat mncpta lg jgak???
tahniah...